Sajat diburu polis lagi, kali ini kes tukar maklumat kad pengenalan pula!

Sajat diburu polis lagi, kali ini kes tukar maklumat kad pengenalan pula!

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat telah diburu oleh pihak polis berhubung isu penipuan yang membabitkan penukaran maklumat pada kad pengenalan miliknya.

 

Sebelum ini, Nur sajat telah diburu oleh pihak berkuasa serta waran tangkap terhadapnya telah dikelurkan, namun dia telah menghilangkan diri dan dikatakan berkemungkinan sedang bersembunyi di Thailand.

 

Polis buru Sajat kes tukar maklumat kad pengenalan

Menurut kenyataan daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya, Sajat merupakan saksi yang dikehendaki untuk hadir ke prosiding perbicaraan mengenai kes penipuan maklumat kad pengenalan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai  ini.

Bahagian siaatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di Kota damansara, seksyen 10, Petaling Jaya bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu dan jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimun 10 tahun serta boleh dikenakan sebat dan denda.

Pada masa yang sama, pihak polis turut menggesa orang ramai jika mempunyai sebarang maklumat mengenai kes berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat yang bertugas.

Sumber : Sinar Harian & Astro Awani