Saja periksa baki, wanita ini terkejut ada 1 bilion dalam akaun

Saja periksa baki, wanita ini terkejut ada 1 bilion dalam akaun

Kebanyakan orang tidak suka memeriksa baki wang di dalam akaun bank kerana tahu mereka akan rasa sakit hati apabila melihat jumlahnya yang sedikit setelah berbelanja sakan.

Namun ada juga di antara kita yang kadang kala akan memeriksa jumlah wang dalam akaun bank walaupun tahu berapa baki yang tinggal, berharap duit yang kita simpan telah bertambah, sebelum menyesal melihat penyata online.

Tetapi seorang wanita ini bersyukur dia terdetik untuk memeriksa akaun banknya kerana jika tidak dia langsung tidak akan sedar bahawa dia telah menjadi seorang billionaire.

Julia Yonkowski dari Largo, Florida, tercengang ketika dia mengeluarkan $20 (RM 83) dari ATM pada hari Sabtu lepas dan mendapati bahawa baki wangnya entah bagaimana telah bertambah menjadi $ 999,985,855.94 (RM 415,794,118,899.85).

Screenshot 2021-06-22 210625

Bagi kebanyakan orang jika perkara itu berlaku kepada mereka pasti mereka rasa seperti mereka telah memenangi loteri, namun ketika ditemubual Julia walau bagaimanapun berkata dia berasa ngeri melihat jumlah wang yang besar itu ada dalam akaunnya.

Wanita berusia 60 tahun itu juga berkata dia pernah membaca laporan perkara seperti itu terjadi kepada orang lain dan mereka perlu memulangkan semula wang yang telah dibelanjakan, tetapi dia tidak akan melakukan perkara itu kerana dia tidak memiliki wang 1 bilion.

Screenshot 2021-06-22 210731

Setakat ini masih tiada penjelasan bagaimana wang berjumlah hampir 1 bilion itu boleh dimasukkan ke akaunnya, namun Julia telah berusaha untuk menghubungi pihak bank dan ingin memulangkan wang yang menjadikannya orang ke-615 terkaya di AS itu secepat mungkin.