Safawi Rasid didakwa bakal nikah Syifa bulan depan? disorak penyokong lagu pengantin baru
Ibarat sudah tidak asing lagi, namun rata-rata pemain bola sepak yang terkenal di Malaysia sering sahaja dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan artis. Namun ada juga yang sudah pun selamat mendirikan rumah tangga serta dikurniakan anak seperti pasangan Ayu Raudah & Zaquan Adha, Eyra Hazali & Haziq Nadzli serta Mia Ahmad & juga Izham Tarmizi.
Sejak 2019, Safawi digosipkan dengan Syifa Melvin
Malah sejak 3 tahun lalu, nama pemain bola sepak pasukan JDT (Johor Darul Takzim) iaitu Safawi Rasid pula dikatakan bercinta dengan adik kepada pelakon terkenal Syatilla Melvin, Syifa. Meskipun tidaklah sepopular kakak dan juga abang ipar, namun gadis berusia 28 tahun ini ada juga membintangi beberapa buah drama serta sering dijemput menjadi model untuk pasaran hijab.
Selamat Pengantin Baru Safawi Rasid
Tidak menidak serta mengiyakan sebarang gosip yang tular tentang mereka, masing-masing lebih selesa ambil pendekatan untuk mendiamkan diri. Namun sepertinya para pengikut pasangan tersebut menghidu sesuatu. Terbaru dalam satu perkongsian di TikTok, sekumpulan penyokong yang hadir untuk perlawanan JDT menentang Sabah FC sempat menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada Safawi.
@fadly1508jb #boysofstraits #safawirasid29 ❤️💙
Kita kawan sekampung bos, siap dapat kad jemputan dah…Patutlah tadi tak gol
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga tertanya-tanya kenapakah lagu tersebut dinyanyikan selain menyangka ia gurauan. Namun ada beberapa individu tampil dan mengatakan pemain tersebut bakal mendirikan rumah tangga dengan Syifa pada bulan hadapan.
Kredit: TikTok fadly1508jb