“Sabar itu indah” Nurul Izzah luah rasa syukur, titip pesanan buat perjuangan bapa
Teka-teki siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 negara akhirnya terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai perdana menteri baharu selepas 5 hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung.
Pengumuman yang tersebut disambut dengan gembira oleh penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila media sosial penuh dengan ucapan tahniah.
Terima kasih rakyat Malaysia
Susulan daripada kenyataan rasmi daripada Istana Negara berkenaan pengumuman tersebut, anak kepada Perdana Menteri Ke-10 negara, Nurul Izzah Anwar telah memuat naik semula gambar dirinya bersama bapa tersayang dengan ucapan menyentuh hati.
Ujarnya, penantian sekian lama dan perjuangan bapa akhirnya berhasil dan mengucapkan syukur serta terima kasih kepada rakyat Malaysia.
“Ya Allah syukur. Terima kasih rakyat Malaysia.”
“Sabar itu indah” tulisnya ringkas.
Nukilan anak buat bapa
Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut mencoretkan nukilan buat bapa tercinta dengan menceritakan semula jerit perih mereka bersama karier politik Anwar yang diketahui umum.
“I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.
Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.” ujarnya lagi.
Pengumuman Perdana Menteri ke-10 siang tadi telah menoktahkan segala persoalan yang berlegar-legar sejak PRU15 tempoh hari apabila kedua-dua blok iaitu PH dan Perikatan Nasional (PN) tidak memperolehi kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan.
Sumber: Instagram Nurul Izzah