Ryzal benam sebiji kek ke muka Maryam, netizan risau

Ryzal benam sebiji kek ke muka Maryam, netizan risau

Siapa tidak kenal dengan pasangan personaliti media sosial terkenal iaitu Maryam dan Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Duriankimchi. Pernah terpalit dengan kontroversi dan sering menjadi tumpuan makcik bawang di media sosial.

Dia nak sangat kita bagi

 

Terbaru, perkongsian Ryzal di Instagram (IG) mengundang perhatian ramai setelah memuat naik sebuah video yang memaparkan muka Maryam dibenamkan ke dalam sebiji kek.

Dalam rakaman itu, Maryam menginginkan krim kek dicalit di bahagian hidungnya namun Ryzal secara tiba-tiba menolak kek lalu membenamkan muka.

Tindakan itu telah menarik warganet untuk meninggalkan pesanan agar lebih berhati-hati dengan lilin kerana khuatir akan tercucuk mata.

Bazir kek

Sementara itu, dalam hantaran Maryam yang dikongsikan di akaun miliknya turut menerima pelbagai komen daripada pengikut.

Ada segelintir yang menganggap tindakan itu telah menyebabkan berlaku pembaziran makanan dan perkara itu tidak wajar terutama bagi umat Islam.

Namun, ada peminat yang faham dengan cara Ryzal dan Maryam bergurau senda dalam hubungan.