“Rupanya boleh buka!”, Ramai akui makan berterabur dalam kotak ini, tak sangka boleh jadi pinggan
Dalam dunia yang serba canggih, pelbagai aplikasi yang memudahkan untuk orang ramai dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tidak kira dimana jua.
Malah apabila ingin mendapatkan pengetahuan luar juga semakin mudah, bak kata ramai semuanya dihujung jari dan tak kurangnya juga hiburan yang dikongsikan oleh orang ramai.
Boleh dikatakan apabila pandai menggunakan telefon pintar, apa sahaja boleh dicari tetapi haruslah mengunakannya dengan cara yang betul. Manakala bagi individu ini, melihat perkongsian bagaimana kotak makanan boleh dijadikan pinggan membuatkan dia tidak menyesal untuk mempunyai aplikasi TikTok.
Ini kerana dia dapat menambah ilmunya yang mana jika tidak tahu pasti sangat seronok melihat hantaran satu video oleh seorang pengguna TikTok atas nama Renazahra2 dimana dia menunjukkan bagaimana kotak makanan boleh di buka dan berubah menjadi pinggan.
Dia juga mengakui sampailah hari tersebut dia dapat mengetahui rupa-rupanya kotak makanan itu mempunyai kelebihan yang memudahkan pembeli.
@renazahra2 Sampai Harini baru tau Kotak macamni Ada function.. 😭😭😭 #fyp #tiktok #secret
Ternyata bukan individu berkenaan sahaja yang selama ini tidak tahu kerana ramai di ruangan komen bagaimanapun mengakui hal yang sama dimana ramai masih tidak tahu kotak makanan itu boleh di buka.
“Saya pun baru tahu selama ni letak dalam pinggan”
“Penat aku makan senget-senget kan kotak tu hahaha…”
“Ok saya baru tahu walaupun dulu kerja McD pun tak tahu…”