Rumah terbakar akibat powerbank, Dato Alif Syukri panik lari keluar tandas tak sempat cuci

Rumah terbakar akibat powerbank, Dato Alif Syukri panik lari keluar tandas tak sempat cuci
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri berdepan detik cemas apabila salah satu bilik di kediamannya terbakar.
Aliff berkongsi kejadian itu menerusi hantaran terbaharu berbentuk video pendek di akaun Instagram miliknya.
Menurut Aliff, semasa kebakaran berlaku dia berada di bilik air sebelum dimaklumkan oleh pekerjanya.
“Pengalaman yang menakutkan saya apabila memdengar jeritan anak-anak, pengawal, pembantu peribadi, pembantu rumah dan tukang kebun.
“Melihat asap naik sampai ke atas, waktu itu saya sedang berak sampai tak sempat nak cuci dan tak perasan langsung terbakar.
“Waktu itu ada kebakaran, orang ketuk-ketuk pintu dan menjerit, saya lari lintang pukang sampai tak
cukup tanah,” kongsinya.
Kata Aliff lagi lada ketika itu dia tidak lagi mempedulikan tentang barang-barang berharga sebaliknya menyelamatkan nyawa keluarga lebih penting.
“Sudahlah rumah saya besar sangat, saya lari-lari tapi tak jumpa jalan keluar, waktu itu Tuhan sahaja yang tahu.
“Saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya sahaja. Tak fikir dah jam mahal, rumah mahal. Saya buntu dan menggelabah,” coretnya.
Dalam pada itu di ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aliff dan keluarga berada dalam keadaan selamat.
“Ya Allah semoga selamat semuanya,” komen @lindamazlan18
“Semoga dipermudahkan urusan Datuk dan keluarga. Semoga semuanya selamat. Amin,” doa @tengku_norehan93
“Semoga dipermudahkan urusan Datuk dan keluarga. Stay safe and strong,” coret @zairaa_ahmad