Rumah kelong hadapi musim banjir pernah diperlekeh, harini warga emas tersenyum berjaya realisasikannya
Bulan beberapa bulan, seorang warga emas, A. Bakar Che Ahmad menjadi mangsa kritikan segelintir warganet yang memandang rendah dengan keupayaannya membina rumah terapung bagi menghadapi musim tengkujuh.
Difahamkan, warga emas berusia 67 melakukan inovasi selepas dia dan isteri, Fatimah Salleh, 61, mendapati mereka semakin usang apabila ditenggelami bah saban tahun.
Katanya, rumah berkenaan diperbuat daripada kayu dan disokong dengan 69 biji tong plastik yang akan berfungsi sebagai pelampung apabila musim banjir tiba nanti.
Tambahnya lagi, kos pembinaan rumah kelong itu memakan perbelanjaan kira-kira RM47,000 dengan sokongan daripada tujuh orang anaknya.
Rumah terapung a.k.a rumah terapung akhirnya berfungsi
Terbaharu, bekas pemandu lori itu mampu mengukir senyuman apabila rumahnya kini terapung di mana saat ini banjir sedang melanda di kampungnya terletak di Kampung Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu.
Ia dapat dilihat menerusi hantaran dikongsikan oleh salah seorang anaknya di platform TikTok, hari ini
@jimat_fishing2 Membalas kepada @jimat_fishing2 rumah kelong berjaya terapung.. semoga menjadi inspirasi pada org ramai…😊.. #rumahkelong #rumahterapung #berjaya #jimatfishing #zaliefishing #fyp #fypシ #fypシ゚viral #allahyangpunya
Dalam hantaran berkenaan, dia memberitahu rumah itu diikat pada dua tiang setinggi enam meter yang dibina pada sisi kiri dan kanan. Ia dibuat bagi memastikan rumah tersebut tidak hanyut selain mengambil banyak faktor termasuk kelajuan arus banjir sebelum membinanya.
Terdahulu, bapanya pernah memberitahu rumah kalong tersebut mampu terapung pada musim banjir pada ketinggian sehingga lima meter.
Alhamdulillah, tahniah pakcik! Usaha tak pernah khianat hasil
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana masing-masing teruja dan kagum dengan hasil yang diusahakan oleh warga emas bersama anak-anaknya.
Sumber: Kosmo! (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan), TikTok @jimat_fishing2