Rumah hampir ditenggelami banjir, Ibu nekad gagahkan diri jalan atas bumbung sambil dukung bayi

Rumah hampir ditenggelami banjir, Ibu nekad gagahkan diri jalan atas bumbung sambil dukung bayi

Tidak kiralah betapa hebatnya dugaan yang mendatang, kekuatan seorang ibu itu ada pada anak-anaknya. Tanpa fikir panjang, mereka sanggup melakukan apa saja demi keselamatan permata hati masing-masing. Begitulah juga situasi yang sempat dirakam oleh seorang sukarelawan banjir baru-baru ini.

Penangan banjir buruk….rumah 2 tingkat hampir tenggelam 80%, keluarga terkandas atas bumbung

Terdahulu, saudara Suhaimi M Salleh memberitahu tahun ini kawasannya telah dilanda musibah banjir yang amat buruk. Rata-rata kediaman 2 tingkat yang terdapat di sana juga hampir tenggelam 80%. Gara-gara itu, sebuah keluarga bahkan terkandas di atas bumbung sementara menanti bantuan tiba.

 

 

Sambil dukung bayi…ibu gagahkan diri jalan atas bumbung berkaki ayam untuk diselamatkan

Paling menyayat hati, seorang ibu malah terpaksa melupakan perasaan takut semata-mata demi keselamatan diri dan bayi kecilnya. Berikutan paras air mula naik di kawasan itu, wanita tersebut gagahkan dirinya untuk pergi ke arah rescue boat sambil mendukung anak. Menerusi video tular berkenaan, dia malah berhati-hati kerana terpaksa berkaki ayam meredah permukaan bumbung yang amat licin.

@suhaimi9913

#assalamualàikum #fypシ banjir luar Janka kita terburuk harap smua mangsa tabah hadapi ujian…rumah 2 tingkat pun hampir tnengelam.80 prautus smua duk ats bumbung utk selamatkn diri…kami team penyelamat dah Cuba sedaya upaya membantu😭

♬ Kasihnya Ibu – Wann

Allahu takutnya, sedih lihat anak tengah sejuk tu…semoga ibu yang kuat ni dapat banyak ganjaran pahala

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa cemas serta takut melihat situasi 2 beranak tersebut. Namun mereka tetap kagum dengan keberanian ibu tersebut, sambil mendoakan mereka dalam keadaan baik-baik saja tatkala dilanda musibah banjir.

 

 

Kredit : TikTok suhaimi9913