Roti canai Malaysia ranking NO.1, dipilih makanan jalanan paling sedap di dunia
Roti canai berada pada kedudukan pertama dalam carta makanan jalanan mengikut penilaian penonto oleh Taste Atlas.
Di Malaysia tidak dinafikan mempunyai pelbagai jenis hidangan yang mampu memikat selera orang ramai bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan pelancong-pelancong dari seluruh pelusuk dunia juga ada yang jatuh hati dengan rasa masakan di Malaysia.
Antara hidangan yang menjadi pilihan ramai orang adalah sate, roti canai, keropok lekor dan banyak lagi pilihan hidangan ‘jalanan’ (Street Food) di Malaysia dari pelbagai bangsa dan kaum hingga mampu memikat selera ramai orang termasuk pelancong-pelancong asing yang datang ke sini.
Menariknya, berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Taste Atlas, Roti Canai berjaya menduduki tempat pertama sebagai makanan jalanan popular dengan catatan mata 4.9. Siapa yang tidak gemar akan hidangan yang tebar hingga menjadi helaian nipis kemudian dilipat dan dipanggang di atas kuali hingga garing.
Kemudian dicicah dengan pelbagai jenis kuah kari, dal, sambal dan sebagainya sudah pasti akan membuka selera kita semua lebih-lebih lagi makan pada waktu pagi sebagai sarapan. Bukan itu sahaja, ada juga sebahagian rakyat Malaysia yang suka makan hidangan roti canai dengan kuah yang dituang terus disebut sebagai ‘kuah banjir’.
Selain roti canai, beberapa hidangan lain yang juga sinonim dengan rakyat Malaysia turut berada dalam carta tersebut seperti pisang goreng, samosa dan beberapa lagi hidangan lain yang mungkin sebahagian daripada senarai itu merupakan hidangan kegemaran kita semua.
Sumber: TasteAtlas