Roslan Shah malu video rebah ketika program Wanita Hari Ini tular

Roslan Shah malu video rebah ketika program Wanita Hari Ini tular

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah ditahan di Hospital Sungai Buloh selepas rebah ketika muncul pada program Wanita Hari Ini (WHI), hari ini.

Roslan ketika dihubungi berkata, dia mengalami tekanan darah tinggi mencecah lebih 220.

“Tekanan darah memang tinggi. Sekarang saya ditahan di wad dan tak tahu berapa hari perlu berada di sini. Kalau tekanan darah menurun, saya nak minta untuk pulang dan berehat di rumah di Taman Kosas, Ampang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Roslan, dia tidak tahu menahu jika video yang memaparkan dirinya rebah pada program WHI itu menjadi tular di media sosial.

“Malu. Saya tak tahu benda itu tular,” katanya.

Terdahulu, Roslan rebah ketika ditemu bual oleh pengacarah WHI, Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana sekali gus menimbulkan kekecohan dalam program yang disiarkan secara langsung di TV3 itu.

Roslan kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.