Roket angkasa milik China terhempas di Lautan Hindi

Roket angkasa milik China terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, keberadaan roket milik China ini telah menjadi tanda tanya selepas dikatakan hilang kawalan.

Terkini, masyarakat sudah boleh menarik nafas lega kerana serpihan roket Long March 5B tersebut dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi.

 

Agensi Kejuruteraan Angkasa Lepas China dalam kenyataan berkata, selepas pemantauan dan analisis, pada 10.24 pagi (0224 Waktu Min Greenwich) pada 9 Mei 2021, serpihan besar Long March 5B Yao-2 sudah memasuki atmosfera.

Menurutnya, kebanyakan daripada serpihan itu berkecai dan musnah ketika ia memasuki atmosfera bumi.

Perkhidmatan pemantauan, Space-Track, yang menggunakan data daripada Tentera Amerika Syarikat, juga mengesahkan kemasukan semula roket itu ke atmosfera bumi.

Semua orang yang mengikuti kemasukan semula #LongMarch5B boleh relaks. Roket itu sudah jatuh.

Berita itu membuktikan jangkaan pakar sebelum ini bahawa serpihan roket berkenaan akan jatuh di lautan, memandangkan hampir 70 peratus bumi diliputi air.

Bagaimanapun, pihaknya beranggapan China cuai dalam membiarkan roket itu keluar dari orbit.

Kredit: Harian Metro