Roadblock depan pagar rumah, “Nak rentas pagar pon tak lepas”

Roadblock depan pagar rumah, “Nak rentas pagar pon tak lepas”

Dua minggu masa kritikal menentukan adakah cukup untuk tempoh PKP dilaksanakan? Namun rakyat akur demi mengurangkan risiko penularan virus Covid-19. Ada sektor tertentu sahaja dibenarkan dibuka dan kebanyakannya mula bekerja dari rumah sejak beberapa hari lalu.

Namun begitu, lain pula nasib bagi seorang pemuda dalam rakaman yang tular baru-baru ini. Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dipaparkan lelaki sedang berdiri di pagar rumahnya. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah roadblock depan pagar rumah lelaki ini yang membuatkan dia termenung.

Berikut adalah rakaman roadblock depan pagar rumah yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun Hermy Rahim ini:

Memang tak boleh bawa berbincang dah tu, depan rumah je pacak roadblock! Mungkin video yang dikongsikan lelaki ini adalah gurauan semata-mata.

Apa-apa pun perkongsian tersebut telah meraih lebih 218 ribu tontonan dan 17 ribu retweets serta 16 ribu likes. Rata-rata warganet mengusik lelaki ini dan berikut antara komen yang ditinggalkan di perkongsian tersebut:

“Tak perlu guard, free free dapat polis jaga area rumah haha”

Roadblock depan pagar 3

“Hahaha alamak. Real definition of pedih sedih”

Roadblock depan pagar 2

“Tabah la bro, didoakan moga beberapa minggu lagi bro dapat la rentas pagar”

Roadblock depan pagar 1