Rizky Billar kantoi curang, pukul, lempar & cekik Lesti Kejora

Rizky Billar kantoi curang, pukul, lempar & cekik Lesti Kejora

 

Sejak kelmarin, kecoh di media Indonesia  mengenai rumah tangga pasangan selebriti terkenal iaitu Rizky Billar dan Lesti Kejora apabila terdapat kisah ‘hitam’ disebalik kebahagiaan perhubungan mereka sebagai suami isteri.

Menurut portal Liputan6, Lesti Kejora dilaporkan telah dipukul dan dicekik oleh Rizky sebaik sahaja mengetahui suaminya berlaku curang. Kenyataan ini disampaikan oleh wakil pihak berkuasa Polda Metro Jaya iaitu Kombes. Pol. Endra Zulpan.

Zulpan berkata, kejadian itu berlaku di rumah pasangan selebriti tersebut di Jalan Gaharu Ill No. 10 A Kel Cilandak Barat, Jaksel pada Rabu, 28 September 2022 sekitar 2.30 petang dan 10 malam waktu tempatan.

“Segalanya bermula dari mangsa dan mereka merupakan pasangan suami isteri. Dilaporkan suami ditangkap berlaku curang di belakang mangsa,”ujar Zulpan.

 

 

Mengulas lanjut, kejadian tersebut berlaku disebabkan Rizy gagal mengawal emosi apabila Lesti meminta suaminya menghantar dia pulang ke rumah orang tua. Namun, aktor berusia 27 tahun itu bertindak melakukan kekerasan terhadap isterinya.

“Rizky dilaporkan menolak mangsa (Lesti) sehingga tercampak ke atas katil sebelum mencekik leher lalu menyebabkan dia terjatuh ke lantai. Dan, ia dilakukan berulang kali ke atas mangsa,”terangnya.

 

 

Tambah Zulpan, Lesti kembali menjadi mangsa penderaan rumah tangga pada jam 10 malam waktu tempatan di mana Rizky dikatakan cuba menarik tangan Lesti ke arah bilik mandi sebelum melemparnya ke lantai. Tindakan itu juga dilakukan berulang kali oleh Rizky.

 

@yandid_d_awan

momen mata lesty bengkak untuk ke dua kalinya #lesty #lestykejora #lestybillar #lestybilar #viral #leslar

♬ original sound – Bagaskaton – Bagaskaton

 

Disebabkan itu, Lesti mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan leher serta tubuhnya berasa sakit.

Tidak berdiam diri dilakukan sedemikian, Lesti melaporkan kejadian tersebut di balai Polres Metro Jakarta Selatan dan Rizky Billar disiasat mengikut Pasal 44 Undang-Undang RI Nomor 23 Tahun 2004.

 

Sumber: Liputan6