Rider kongsi dianiaya pelancong China, berlakon nak bayar guna Alipay sebelum lesap

Rider kongsi dianiaya pelancong China, berlakon nak bayar guna Alipay sebelum lesap

 

Pada saban hari, kita sering mendengar keluhan pekerja penghantar makanan yang menghadapi seribu satu situasi pahit bersama pelanggan yang pelbagai ragam.

Terbaharu, seorang pemuda yang bekerja sebagai rider berkongsi pengalaman pahitnya apabila ditipu oleh pelanggannya sehingga mengalami kerugian lebih RM70.

“Naya lagi. Kena RM70+++ pelancong China order COD tapi guna Alipay pula. Scan QR tak lepas lima kali.

“Drop dekat lobi hotel. (Dia) kata nak masuk cari RM (tunai) siap ambil makanan, lepas tu lesap,” kongsinya dalam satu hantaran di grup Facebook GrabFood Rider Malaysia.

Luahan kisah sedih yang dikongsikan individu terbabit lantas meraih perhatian netizen yang mana rata-ratanya sangat bersimpati dengan nasib yang ditimpa olehnya.

“Aku pernah kena juga dengan warga China. Cakap nak bayar guna Alipay satu dunia pakai kot. Dia pun tak da cash. Aku cakap tak boleh, aku call cs (customer service) beritahu customer tak ada cash,” kongsi seorang netizen.

“Pernah dapat juga customer China nak guna Alipay. Dah sampai depan vendor terus call CS minta cancel sebab customer nak guna Alipay…tak ada cash,” tulis seorang netizen lain.

“Jadikan pengajaran. No money no food. Selalu juga kena macam ni,” luah seorang lain.

Dalam masa sama, mereka berpesan kepada rider lain untuk mengambil wang terlebih dahulu atau menunggu pemindahan wang secara online masuk ke dalam akaun.