Rider ini berharap PKP kembali sebab dapat upah lumayan kena kecam dengan orang ramai
Lumrah kerja sebagai rider yang bergantung dengan jumlah penghantaran yang dibuat dalam meraih pendapatan mereka.
Dengan keadaan ekenomi tidak menentu dan lambakan pekerja rider di luar sana memberi cabaran hebat untuk buat duit menerusinya.
Baru-baru ini, seorang individu dengan identiti dirahsiakan membuat satu hantaran yang mengundang kemarahan orang ramai menerusi grup FB Lalamove Riders Community.
Melalui hantaran tersebut, individu terbabit seolah-olah berharap agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan semula memandangkan penularan penyakit cacar monyet yang semakin kritikal di peringkat global.
Namun niatnya bukanlah untuk menjaga keselamatan sejagat, dia lebih mahu memanfaatkan perkara itu dalam meraih upah yang lumayan kerana akan menerima lebih banyak permintaan penghantaran seperti PKP sebelum ini.
Kita pun sedia maklum, majoriti rider sedia mengadu tentang kadar pembayaran upah mereka yang semakin rendah pada ketika ini.
Dengan adanya perintah kawalan pergerakan ini boleh mendorong tugasan penghantaran yang lebih banyak dan meraih upah yang lebih baik.
“PKP kita rider syok la,” komen individu tersebut di hantaran sendiri. Dia cuba mengaburi niatnya dengan mengatakan dengan PKP akan memudahkan mereka bergerak dengan bebas sambil berlumba bersama rider lain.
Perkongsian individu terbabit ternyata mengundang kemarahan orang ramai yang mana mengecam dengan harapannya yang mahu episod hitam PKP berulang lagi.
“Bende ko ni, pergi cari kerja lain la.
“Syok kepala b*toh kalau semua sektor tutup.. ko nak hantar apa?
“Lol. Sikit-sikit PKP. Kau ingat semua penyakit macam COVID ke?
“Ko pergi PKP lah sendiri,” demikian antara komen pedas yang ditinggalkan oleh netizen.
Bahkan, netizen turut menasihati individu terbabit untuk mencari kerja lain jika merasakan upah yang diterima tidak berbaloi lagi dan bukannya mendoakan perkara negatif untuk kepentingan peribadi pula.