Rider hantar ke salah rumah, gadis ini kecewa kek tempahan pelanggan dimakan orang lain

Rider hantar ke salah rumah, gadis ini kecewa kek tempahan pelanggan dimakan orang lain

Semua pengusaha kek ingin memberikan yang terbaik kepada pelanggan yang membuat tempahan dari mereka, lebih-lebih lagi jika tempahan yang dibuat adalah untuk hari yang penting seperti majlis hari terbuka atau sambutan hari jadi.

Namun bagi seorang gadis ini, dia rasa bersalah kerana terpaksa mengecewakan pelanggannya apabila kek hari jadi yang ditempah di hantar ke alamat yang salah.

Dalam perkongsian video di TikTok, gadis pembuat kek atas nama soneaedwards itu menceritakan bagaimana dia menghasilkan 2 kek hari jadi dan beberapa cupcake untuk seorang pelanggannya.

Kek tersebut dilengkapi ucapan serta nama pelanggannya, dan dia menggunakan perkhidmatan Grab untuk menghantar kek tersebut ke rumah pelanggannya itu sekitar pukul 4 petang.

Pada pukul 6 dia terkejut apabila menerima mesej dari pelanggannya bahawa mereka masih belum menerima kek tersebut, membuat gadis itu panik kerana dia telah mendapat pengesahan dari Grab bahawa kek tersebut telah diterima.

Selepas membuatmembuat pemeriksaan dengan rider, ternyata kek berkenaan dihantar ke alamat yang salah, jadi gadis itu bergegas ke alamat tersebut untuk mengambil semula keknya.

Namun dia tidak percaya bahawa keluarga yang menerima kek berkenaan telah memotong dan memakan ketiga-tiga keknya itu, membuat gadis itu menangis.

Walaupun situasi itu difahami oleh pelanggannya, gadis itu tetap rasa bersalah di samping kecewa dengan tindakan keluarga yang memakan barang yang bukan milik mereka.

“Bagi alamat dia aku nak hantar lipas…”

“Grab salah, receiver pun bangang…”