“Rezeki jangan ditolak” – Ifa Raziah terima tawaran Pfizer dari beberapa hospital

“Rezeki jangan ditolak” – Ifa Raziah terima tawaran Pfizer dari beberapa hospital

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan apabila pelakon dan personaliti TV popular, Ifa Raziah enggan mengambil suntikan vaksin jenis Sinovac. Ifa yang sepatutnya mendapat suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Sabtu lalu terpaksa membatalkan temu janji di saat akhir.

 

Menurut pelakon ini, dia memohon suntikan jenis Pfizer kerana mempunyai masalah kesihatan. Selain itu, Ifa memasang hasrat untuk mengerjakan ibadah haji dan ke Singapura untuk urusan perniagaan.

CUCUK JANGAN TAK CUCUK

ifa raziah

 

Bertalu-talu Miss Diva dapat Whatsapp beberapa hospital yang offer untuk dapatkan suntikan vaksin Pfizer. Wow hebat tak Miss Diva. Rezeki jangan ditolak maut jangan dicari iya. Cucuk jangan tak cucuk.

Terbaru, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha memaklumkan menerima tawaran daripada beberapa hospital untuk mendapatkan vaksin jenis Pfizer. Bersyukur di atas rezeki tersebut, dia sesekali tidak akan menolak.

Penyanyi lagu Ser Ser Ser ini sebelum ini menafikan dakwaan dia memilih sebaliknya mengalami masalah kesihatan berupa alergi atau alahan kepada ubat-ubatan tertentu. Ifa turut menyertakan bukti pengesahan daripada doktor mengenai masalah kesihatan yang dialaminya itu.

 

SUMBER : Ifa Raziah