Resipi cucur roti dari lelaki ini raih hampir sejuta tontonan, simple tapi sedap!

Resipi cucur roti dari lelaki ini raih hampir sejuta tontonan, simple tapi sedap!

Cucur antara makanan biasa bagi rakyat Malaysia. Isinya dipelbagaikan seperti cucur bilis, cucur bawang, cucur jagung, cucur manis dan sebagainya menjadi ia pilihan dan kegemaran kanak-kanak serta dewasa.

Namun pernahkan korang dengar cucur roti? Cucur yang bahannya terdiri dari roti ini membuatkan ia rasa lebih rangup dan enak. Menerusi perkongsian seorang pengguna Tiktok Nursyafiqnaser ini, resipi cucur roti dihasilkannya membuatkan ramai yang terliur.

Menerusi perkongsiannya itu, lelaki ini memberitahu buat roti yang hampir tarikh luput dapat dibuat cucur untuk elakkan pembaziran. Berikut adalah resipi cucur roti yang dikongsikan menerusi akaun Tiktok tersebut:

@nursyafiqnaser

Roti dah expired⁉️ kalau belum berkulat, jom try resepsi ni daripada korg membazir buang. Sgt snang gais! Ini style bujang, korg bleh improvise #fyp

♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

Wow, nampak senang sangat! Bahan yang digunakan dan biasanya ada di dapur atau mudah didapati. Memang tak menahan tengok dia makan cucur roti ini yang hasilnya nampak rangup di luar. Bolehlah cuba buat untuk sarapan atau minum petang nanti.

Apa-apa pun perkongsian resipi ini telah meraih hampir sejuta tontonan dan hampir 100 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Wah terbaik dik, untung sape dapat. Pandai masak hikkhikhik”

Resipi Cucur Roti 3

“Video resipi yang sangat ceria”

Resipi Cucur Roti 2

“Hye Johan Celop…Ko memang buat akak terhibur”

Resipi Cucur Roti 1