Rentas negeri pergi ‘Honeymoon’, pasangan Instafamous didenda RM2,500 & dipenjara sehari
Sebelum ini, pasangan ‘instafamous’ dipercayai memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu di Johor. Bagaimanapun, pasangan itu telah dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung beberapa foto ‘honeymoon’ yang tular di media sosial.
Terbaru, pasangan ‘instafamous’ ini telah dikenakan tindakan ditahan di penjara selama sehari dan denda RM2,500.
Dipenjara sehari, denda RM2,500
Memetik laporan Bernama, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed dan Azharique Shah Abdul Jalil dipenjara selama sehari dan dendan sebanyak RM2,500 selepas didapati melanggar perintah rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan lalu.
Difahamkan, pasangan tersebut telah meminta kebenaran merentas negeri bagi urusan perniagaan di Johor. Namun, didapati mereka telah memberi keterangan palsu sebaliknya berbukan masa di sana.
Tidak sangka akan jadi sebegini
Menerusi laporan Harian Metro, Iram Naz merayu memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara disebabkan dia merupakan anak tunggal yang menyara keluarga dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan sama.
Kami membuat tempahan hotel pada 26 Disember lalu ketika rentas negeri dibenarkan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan namun ditunda beberapa kali. Kami cuba membatalkannya, namun pihak terbabit tidak mahu kembalikan wang tempahan penginapan menyebabkan kami meneruskan hasrat merentas negeri pada 17 Mac lalu.
Saya tidak sangka akan jadi macam ini kerana isteri ada rumah di Johor dan alamat diberikan itu mengikut alamat MyKad isteri di Johor.
Sumber: Bernama, Harian Metro