Rentas Negeri Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Saja Bagi Semua Tujuan Yang Lulus

Rentas Negeri Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Saja Bagi Semua Tujuan Yang Lulus

Peningkatan kes baharu Covid19 yang dilihat sejak empat hari lalu membuatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengehadkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya boleh dibuat pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata bahawa ini adalah salah satu usaha bagi mengekang penularan wabak Covid19 bagi tujuan pekerjaan, pasangan jarak jauh, kecemasan, kematian keluarga terdekat yang membabitkan ibubapa dan adik-beradik, perubatan dan pendidikan.

Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan.

Ini tidak termasuk bagi urusan-urusan membabitkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Bagi sesiapa yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atas sebab-sebab sosial seperti majlis perkahwinan ataupun sebarang majlis-majlis lain adalah dilarang dan perkara ini dikatakan akan berkuatkuasa sehingga selesai perayaan Aidilfitri.

Kredit: Harian Metro