Remy Ishak dan Ezza terima hadiah kahwin dari Agong dan Permaisuri
Telah selamat disatukan pada Sabtu lalu, rezeki pelakon Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof melimpah ruah apabila menerima hadiah istimewa daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Menerusi perkongsian di Instagram, kelihatan pasangan pengantin baharu itu terharu dengan hadiah yang diterima dan dapat dilihat beberapa kotak berwarna kuning dibungkus rapi.
Pasangan itu turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong atas pemberian hadiah yang dianggap istimewa oleh mereka.
Sekadar info, Sabtu lalu Remy selamat bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Ezza Yusof dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
SUMBER : Instagram Remy Ishak