Remy Ishak dan Ezza terima hadiah kahwin dari Agong dan Permaisuri

Remy Ishak dan Ezza terima hadiah kahwin dari Agong dan Permaisuri

Telah selamat disatukan pada Sabtu lalu, rezeki pelakon Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof melimpah ruah apabila menerima hadiah istimewa daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Menerusi perkongsian di Instagram, kelihatan pasangan pengantin baharu itu terharu dengan hadiah yang diterima dan dapat dilihat beberapa kotak berwarna kuning dibungkus rapi.

Sekadar info, Sabtu lalu Remy selamat bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Ezza Yusof dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Negara, Kuala Lumpur.