Remy Ishak akui berdebar walau dah ‘praktis’ banyak kali dalam drama
Pelakon kesayangan ramai, Remy Ishak bakal menamatkan zaman bujang dengan buah hati pilihannya, Ezza Yusof pada hari ini. mereka bagaimanapun pernah putus tunang pada tahun 2019. namun cinta mereka bercantum kembali.
Menerusi satu tweet yang dikongsikan oleh Remy Ishak, dia dikatakan memberi semangat kepada dirinya yang berasa gemuruh sebelum akad nikah berlangsung.
i can do this ! dah rehearsel banyak kali dalam drama kot. come on!
— Remy Ishak (@remy_ishak) August 21, 2021
Perkongsian luahan hatinya itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah dan selamat kepada pelakon pujaan ramai wanita itu.
Manakala terdapat ramai peminat wanita yang meluahkn rasa sedih atas berita perkahwinan ini. Walau bagaimanapun mereka juga tumpang gembira atas mahligai cinta yang dibina ini.
Remy ishak dah kahwin jom cari ‘remy maghrib’
Aku yang tersakiti
Sementara itu, Remy Ishak turut berkongsi perasaan sedihnya kerana pernikahan ini tidak diiringi ahli keluarga tersayang ekoran pandemik yang melanda saat ini.
sad part, masa akak, erol & daus menikah aku selalu ada. kena Jaga keluarga,tapi bila time aku…, 😩😩
Covid mmg kejamAllah lebih Maha Mengetahui
— Remy Ishak (@remy_ishak) August 21, 2021
Sumber: Twitter @remy_ishak