Remote TV jadi sejuk beku, “Bertuah punya anak…”

Gelagat anak kecil memang tak boleh nak dijangka kadang-kadang. Ada masanya akal mereka lebih kreatif daripada pemikiran orang dewasa. Seperti yang dilalui oleh seorang ibu ini dalam melayan kerenah anaknya yang masih kecil. Semuanya bermula apabila remote control untuk televisyen di rumahnya hilang dan tidak dapat dijumpai.

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita ini pada mulanya buntu apabila tidak dapat menjumpai remote TV itu di mana-mana. Namun naluri seorang ibu pastinya tahu siapakah gerangan yang bertanggungjawab dalam kehilangan barang itu. Anda boleh saksikan sendiri ‘kronologi’ kejadian ini menerusi video di bawah.

@cipinascantik

Perangai Husna, dia suka nyorokkan benda lepas tu dia lupa mana dia letak. Padahal dia dari tadi carik sesama dengan mak. #foryou #fyp #Sssmac

♬ original sound – Šeng Ñu pan – Šeng Ñu pan

Di dalam video yang dikongsikan di Tik Tok ini, wanita ini memberitahu dia terpaksa menebalkan mukanya dengan menghantar mesej kepada ustazah anaknya. Di dalam perbualan itu, wanita itu meminta pertolongan ustazah itu untuk bertanya pada anaknya tentang remote TV itu. Akhirnya, anaknya memintanya untuk memeriksa peti ais.

Sebaik saja dia membuka peti ais itu, ternyata remote TV tersebut telah disorokkan oleh anaknya yang seorang lagi. Bukan saja remote TV, malah sebotol vitamin juga turut dibekukan sekali di dalam peti ais itu. Menerusi ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat anaknya ini. Ada juga yang memuji kecerdikan anaknya itu dalam memilih lokasi untuk disorokkan. -HCL