Remaja lepaskan tembakan di sekolah, 18 murid & seorang guru terbunuh

Remaja lepaskan tembakan di sekolah, 18 murid & seorang guru terbunuh

Seorang penembak remaja melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di Texas Selatan pada Selasa, menyebabkan 18 kanak-kanak terbunuh dan tiga dewasa.

Menurut pihak berkuasa, suspek kemudian juga maut.

Kejadian berlaku di Robb Elementary School di bandar Uvalde, Texas, kira-kira 128 kilometer di barat

San Antonio.

Gabenor Greg Abbott berkata, suspek dikenal pasti sebagai Salvador Ramos, 18, dipercayai ditembak mati oleh polis yang bergegas ke lokasi kejadian.

PASUKAN keselamatan mengawal kawasan sekolah berkenaan. FOTO Reuters

Abbott berkata, suspek dipercayai meninggalkan kenderaan di sekolah, sebelum memasuki sekolah dengan senjata api yang kemungkinan besar adalah raifal, sebelum melepaskan tembakan.

Penyiasat percaya bahawa Ramos menembak dan membunuh neneknya sebelum pergi ke sekolah berkenaan, lapor CBS News, yang memetik sumber pasukan penguatkuasaan undang-undang.

“Dilaporkan bahawa suspek menembak neneknya sebelum pergi ke sekolah itu,” Abbot memberitahu wartawan.

“Tetapi saya tidak maklumat selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, Hospital Universiti di San Antonio, menerusi Twitter berkata, pihaknya menerima dua individu dari kejadian tembakan di Uvalde iaitu wanita berusia 66 tahun dan budak perempuan berumur 10 tahun.

Kedua-duanya dikatakan kritikal.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Boden mengarahkan supaya bendera diturunkan di separuh tiang sehingga matahari terbenam sehingga 28 Mei sebagai memperingati tragedi itu.

Difahamkan, murid di sekolah berkenaan berusia antara tujuh dan 10 tahun.

REAKSI orang ramai di luar sebuah pusat di mana murid dipindahkan dari Robb Elementary School selepas kejadian tembakan berkenaan. FOTO Reuters