Remaja lelaki hilang selepas keluar solat subuh di masjid, Ayah mohon bantuan ramai

Remaja lelaki hilang selepas keluar solat subuh di masjid, Ayah mohon bantuan ramai

 

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya yang terletak di Bandar Tasik Selatan sejak awal pagi pada Ahad.

Muhammad Al Muiz Al Mawardi itu tidak pulang selepas keluar untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Al Muqarrabin sejak 8 Mei lalu.

Dalam satu perkongsian daripada laman Facebook milik Al Mawardi memohon kepada orang ramai agar menghubunginya atau isteri jika terlihat anaknya itu.

Menurut ayah remaja tersebut, sehingga hari ini (10 Mei), anaknya masih belum dijumpai dan pulang ke rumah.

Memetik Sinar Harian, ibu remaja tersebut memaklumkan bahawa anaknya tidak pernah tidak pulang ke rumah malah jarak masjid itu hanya dalam 500 meter dari rumah mereka.

“Anak ada memaklumkan kepada kami hendak keluar berhari raya bersama kawan-kawannya selepas solat Subuh tetapi hingga sekarang masih belum pulang”.

Kata ibunya lagi, sepatutnya hari yang sama mereka akan menghantarnya pulang ke asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Besi. Justeru, mereka merayu kepada orang awam yang menemui anak lelakinya itu agar menghubungi di talian 013- 2484367 (Almawardi MOahamd / Bapa) atau 013-2306168 (Adila Alias / Ibu).

“Saya mohon semua kongsi dan sama-sama doa dan usaha. InshaaAllah pertolongan Allah pasti dan rahmat Allah adalah segalanya,” tulisnya.