Remaja dakwa dirogol Inspektor dalam bilik pejabat, kesan tompokan air mani ditemui pada cadar & sarung bantal

Remaja dakwa dirogol Inspektor dalam bilik pejabat, kesan tompokan air mani ditemui pada cadar & sarung bantal

Seorang remaja perempuan mendakwa dirogol pegawai berpangkat inspektor di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kedah pada Rabu lalu. Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa berada di bilik pejabat pegawai berkenaan untuk membantu siasatan berhubung kes rogol yang dikatakan dilakukan bapa tiri mangsa.

Inspektor rogol remaja

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Berita Harian, inspektor yang juga pegawai penyiasat kemudian memberitahu bahawa dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa. Mangsa yang berusia 16 tahun itu kemudian diarah untuk berbogel sebelum ‘pemeriksaan’ dilakukan.

Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan terhadapnya. Pegawai polis itu kemudian memegang kemaluan mangsa dan diminta supaya baring atas katil yang ada dalam bilik berkenaan dalam keadaan bogel.

Tetapi lain pula yang jadinya apabila inspektor berkenaan bertindak di luar batasan dengan merogol mangsa. Mangsa yang berada dalam keadaan takut dan tidak mampu berbuat apa-apa hanya membiarkan sahaja tindakan tidak bermoral inspektor terbabit.

Pegawai polis berkenaan memberi alasan alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa gagal berfungsi dengan baik.

Jumpa kesan air mani pada cadar

Sekadar gambar hiasan

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku hampir 30 minit, sebelum diminta memakai pakaian semula. Inspektor tersebut memaklumkan kepada mangsa bahawa kes itu belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.

Mangsa yang sudah tidak bersekolah telah tampil membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan di hospital.

Sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal.

Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber: Berita Harian