Remaja 19 tahun bunuh & tanam mayat empat ahli keluarga di bangsal rumah

Remaja 19 tahun bunuh & tanam mayat empat ahli keluarga di bangsal rumah

Di New Delhi, India, seorang remaja lelaki tergamak membunuh ibu, bapa, kakak dan neneknya sebelum menanam kesemua mayat mangsa di bangsal rumahnya, empat bulan lalu.

Tanam di lantai bangsal

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan India TV News, rahsia pembunuhan tersebut terbongkar selepas seorang lelaki yang dikenali sebagai Arif datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan empat ahli keluarganya. Menurut Arif, dia mengesyaki adiknya iaitu Asif Mohammed terlibat dalam kes ini.

Susulan daripada itu, pihak polis telah menahan Arif dan Asif bagi membantu siasatan. Tambah pihak polis, mereka juga ingin mengetahui motif di sebalik pembunuhan tersebut. Pada masa yang sama, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian. Mereka berjaya menemui kesemua mayat selepas mengorek lantai bangsal di rumah Asif.

Campur dadah sehingga tidak sedar

Sekadar gambar hiasan

Menurut Asif, dia telah membunuh keempat-empat mangsa pada hujung bulan Februari yang lalu. Tambahnya, dia telah mencampurkan dadah di dalam minuman semua ahli keluarganya sehingga mereka tidak sedarkan diri.

Suspek mengaku bahawa dia yang membunuh keempat-empat mangsa pada akhir Februari. Dia mengaku sudah mencampurkan dadah di dalam minuman mereka dan membuatkan mangsa tidak sedarkan diri. Selepas itu, suspek menolak mangsa ke dalam telaga bagi memastikan mereka sudah tidak bernyawa. Mayat mangsa kemudian ditarik keluar dari telaga berkenaan sebelum dibawa ke bangsal dan ditanam di situ. Polis turut menyoal siasat Arif kerana kami tidak mahu ada maklumat tercicir.

Mengulas lebih lanjut, kesemua mayat dihantar ke Kolej Perubatan Malda untuk dibedah siasat. Pihak polis turut menemui wang tunai 100,000 rupee (kira-kira RM5,583) di rumah suspek. Jelas seorang pegawai kanan, Asif mungkin dibantu oleh rakannya dalam kegiatan jenayah ini.

Sumber: India TV News