Redha suami nak kahwin lagi, wanita ini tolong risik bakal madu

Memang tak dapat dinafikan, kehidupan berpoligami merupakan satu perkara yang sukar diterima oleh setiap wanita bergelar isteri. Apabila si suami membuat keputusan untuk berkahwin lain, pasti hati si isteri terasa seperti dikhianati dan tidak lagi disayangi.

Tetapi berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila dia kelihatan sangat tabah menghadiri majlis pernikahan suaminya itu.

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh Nur Shalini  (adik isteri pertama) di akaun TikTok menceritakan pengalaman kakaknya yang juga merupakan isteri pertama telah mengizinkan si suami berkahwin lain. Menurut wanita ini, seminggu sebelum akad nikah berlangsung, kakaknya sendiri telah merisik bakal madu buat suami tersayang.

Pada tanggal 16 Mac 2021, si suami telah sah bernikah dengan wanita (isteri kedua) tersebut. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kedua-dua wanita ini menjalani kehidupan berpoligami dan berkongsi kasih sayang daripada lelaki yang sama. Berdasarkan video yang dikongsikan, kelihatan isteri pertama turut memakai pakaian sedondon  berwarna kelabu. Wanita ini juga sempat membantu membetulkan sampin suami untuk majlis akad nikah yang dipercayai berlangsung di pejabat agama.

Isteri pertama datang merisik

Menjengah ruangan komen si adik, wanita ini memaklumkan kakaknya ikhlas dan reda dengan ketentuan tersebut selain meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Sumber: Nurshalini21 via ohbulan