Rebut kawasan & ugut peniagaan, abang long kawasan kena kutip?

Rebut kawasan & ugut peniagaan, abang long kawasan kena kutip?

 

Dengan kekangan kewangan yang semakin menghimpit, ramai orang di luar sana kini mula menambah pendapatan dengan cara berniaga kecil-kecilan di pinggir jalan. Namun sebenarnya bukanlah mudah juga untuk buka payung dan mula menjual. Ada yang berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah dari segi mendapatkan lesen perniagaan, malah turut dikejar ‘abang long kawasan’.

Nak jual lagilah? Kawasan ni aku pegang tau, kau nampak sticker dekat kereta aku tu?

Begitulah yang turut dilalui seorang peniaga ini apabila tiba-tiba sahaja didatangi seorang individu yang melarangnya daripada meneruskan aktiviti tersebut di kawasan berkenaan. Menerusi satu rakaman yang sudah viral tersebut, lelaki berkenaan yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam dilihat menegur wanita tersebut sambil tegaskan dia ialah seorang ‘abang long kawasan’.

 

 

Dah kena kutip katanya, betul ke?

Malah, individu tersebut juga beberapa kali ugut kononnya sudah mengarahkan anak buah supaya melakukan sesuatu kepada peniaga berkenaan jika masih berdegil. Walau bagaimanapun, hari ini tular pula satu video lain memaparkan pelaku berkenaan sudah pun diangkut ke balai polis.

 

@malaysianupdatenews

Replying to @emm4mily4 Dah kena kutip katanya..betul ke??

♬ original sound – Malaysian Update – Malaysian Update

Minta polis pantau akak tu, risau ada mencari sebab tak puas hati…Dunia ni pinjaman semata je bang, suruh budak dia mai tengok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui merasa geram tatkala menonton rakaman ugutan berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga memuji tindakan wanita tersebut yang kekal tenang biarpun berhadapan dengan individu sedemikian.

Abang Long Kawasan Datang Ugut Peniaga Tepi Jalan, Sekali Harini Kena Kutip? 2Abang Long Kawasan Datang Ugut Peniaga Tepi Jalan, Sekali Harini Kena Kutip? 3Abang Long Kawasan Datang Ugut Peniaga Tepi Jalan, Sekali Harini Kena Kutip? 4

Kredit: TikTok Malaysian Update News Video & Facebook Ori Viral