Reaksi teruja minah saleh jumpa manggis buat ramai terhibur, siap belah guna pisau

Reaksi teruja minah saleh jumpa manggis buat ramai terhibur, siap belah guna pisau

Buah-buahan tempatan di negara kita seperti tembikai, pisang, durian, ciku dan manggis sebenarnya menjadi ‘buruan’ sesetengah orang luar. Mungkin selama ini tekak mereka sudah ‘bosan’ dengan strawberi, sebab itulah ada sesetengahnya cuba tukar selera.

Jika ingat lagi satu masa dulu, ada ‘mat saleh’ teruja sangat dengan buah durian. Tidak kurang juga, ada yang bukan main seronok dapat makan rambutan. Dan kali ini pula, ada seorang lagi ‘minah saleh’ yang nampaknya baru pertama kali merasai keenakan manggis.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Michelle Brown menunjukkan riak gembira dan teruja apabila dia menemui buah yang disukainya itu, iaitu manggis. Menariknya, Michelle tidak memanggilnya sebagai ‘mangosteen’ tetapi sebaliknya buah ini digelar sebagai buah bawang putih manis (sweet garlic fruit).

Pada awalnya, dia menunjukkan ‘skillnya’ membuka manggis iaitu dengan menggunakan sebilah pisau. Kulit manggis itu dikelar pada bahagian tengah, kemudian dia mengupasnya sendiri hingga terbelah dua.

Usai isi manggis yang masak ranum ‘terbentang’ di depan matanya, minah saleh ini kelihatan tidak sabar untuk merasainya. Dia juga turut menghidu bau isi manggis dan katanya, bau manggis seakan-akan bau bunga ros.

Sedang enak meratah sesulas demi seulas, Michelle juga menyatakan bahawa rasa manggis yang sedap itu seperti kombinasi buah laici dan mangga. Jom ikuti videonya ini.

@missbedhead

Sweet Garlic Fruit?! #fruit #tastetest

♬ original sound – Michelle Brown

Video ini telah meraih tontonan lebih 500,000 kali oleh warganet setakat artikel ini ditulis. Rata-rata netizen merasa terhibur dengan reaksinya itu. Kebanyakan warga Asia memberitahu di ruangan komen bahawa buah yang dimakannya itu bukan bawang putih manis tetapi manggis.

“Hai, buah ni namanya manggis…” – Harpreet

“Sis, ni bukan bawang putih,” – June

“Ah sudah, bila dia guna pisau nak buka aaaah tidakk” – Diana

Sumber: TikTok Michelle Brown