Reaksi makan durian mengikut dialek Negeri ini bikin ramai berdekah
Apabila tiba musim durian, tentunya mereka yang ‘hantu durian’ lah yang paling teruja sekali untuk menikmati keenakan raja buah ini. Baru-baru ini pula, gelagat sekumpulan rakan menikmati durian ini mencuri tumpuan ramai dengan reaksi lucu mereka ini.
Apa yang menarik perhatian ialah kesemua mereka memberikan reaksi mengikut dialek negeri masing-masing selepas menikmati durian itu. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini.
@farizhassan Hurm pelbagai negeri. Masing2 x nak kalah. Tag lah depa #myfoodie
Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat kesemua mereka sedang menikmati buah durian tersebut. Mereka kemudian berkongsikan reaksi selepas menikmati durian berdasarkan dialek negeri masing-masing.
Antara dialek yang dikongsikan adalah dari negeri Kelantan, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. Menariknya, setiap daripada mereka mewakili negeri tersebut dan memberikan reaksi yang bersesuaian dengan dialek negeri masing-masing.
Lebih melucukan, gelagat lelaki yang mewakili Kuala Lumpur ini berjaya membuatkan netizen berdekah dengan reaksinya ini. Bukan sahaja membuat gaya tersendiri malah ramai yang terhibur melihat reaksi wajahnya yang melucukan.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi yang dikongsikan ini. Malah ada juga yang bersetuju dengan reaksi yang ditunjukkan mengikut negeri masing-masing itu dan dikatakan sama dengan yang selalu dilihat mereka.
“Yang last sekali tu lawak haha tengok muka pun dah gelak dulu.”
“Yang last tu auto kena lempang.”
“Belum cakap lagi dah ketawa.”
“Orang KL memang aku tak leh blah.”