Reaksi kucing tak suka dengar tuannya menyanyi, “Member dah stress…”

Reaksi kucing tak suka dengar tuannya menyanyi, “Member dah stress…”

Tak dinafikan, ada masanya kucing juga memerlukan masa untuk duduk seorang diri dan tidak mahu diganggu oleh orang lain. Namun gelagat pemilik kucing ini yang cuba mengganggu kucing peliharaannya dengan nyanyiannya ini mencuit hati netizen.

Apatah lagi ditambah dengan reaksi kucing itu yang akhirnya marah apabila mendengarkan nyanyian dari gadis tersebut. Bukan sahaja marah malah kucing itu juga siap cuba mencakar pemiliknya itu sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya.

@aliyaroseliWhen your cat hates your voice #joon

♬ original sound – Heart Blooming ❤️ – Heart Blooming ❤️

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan kejadian lucu yang berlaku padanya baru-baru ini semasa dia cuba menganggu kucingnya itu. Turut dapat dilihat, gadis itu sedang memegang kucing tersebut sambil menyanyikan sebuah lagu.

Apa yang menarik perhatian ialah reaksi kucing itu yang seakan-akan menahan sabar mendengarkan nyanyian itu. Malah semasa gadis itu merakamkan reaksi wajahnya juga, kucing itu kekal dengan reaksi wajah selambanya dan langsung tidak bergerak.

gadis

Lebih melucukan, kucing itu akhirnya mula hilang sabar dan cuba mencakar pemiliknya itu pada penghujung video. Melihatkan reaksi spontan dari kucing itu, netizen turut sama berdekah melihatnya yang kelihatan seperti sudah tidak dapat menahan sabar.

Di ruangan komen, netizen turut berseloroh mungkin juga kucing itu berada dalam mood yang tidak baik dan terkesan dengan nyanyian gadis itu. Malah ditambah pula dengan gelagat selamba gadis itu yang seakan-akan sengaja mahu mengusiknya.

“Member dah lah tekanan. Yang nak menghibur pulak menyakitkan hati.”

kucing

“Kau kenapa dikkk.”

nyanyian

“Jangan diganggu separa jadian oyen tu. Dia maghoh nanti kang.”

komen

“Member tertekan.”

tik tok