Reaksi kucing pasrah dimandikan buat ramai terhibur, “Kan dah merajuk…”

Reaksi kucing pasrah dimandikan buat ramai terhibur, “Kan dah merajuk…”

Setiap kali menghantar kucing ke pet shop untuk sesi grooming, tentunya ada pelbagai ragam yang dapat disaksikan. Terutamanya kucing yang akan berubah menjadi garang apabila ingin dimandikan sehinggakan habis riuh seluruh kedai dibuatnya.

Namun berbeza pula dengan seekor kucing ini yang dilihat begitu pasrah apabila dirinya dimandikan di kedai haiwan ini. Bukan sahaja pasrah, reaksi mukanya yang cuba menahan sabar juga turut membuatkan rata-rata netizen berdekah melihatnya.

@catzoniamy

#ThisisHowWeRoll

♬ CHRIATMAS CHILDREN COMEDY – Alex Khaskin

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing itu dilihat sedang dimandikan oleh pekerja yang bertugas. Apa yang menarik perhatian ialah reaksi wajahnya yang cukup pasrah dan redha ketika dimandikan bersama buih-buih mandian itu.

Lebih melucukan, kucing itu juga langsung tidak bergerak dan hanya duduk diam sahaja sepanjang proses itu. Malah semasa pekerja itu meletakkan buih di atas kepalanya juga, kucing itu hanya membiarkan sahaja dirinya dilakukan begitu.

kucing mandi

 

Selain daripada riak wajahnya, kapsyen yang diletakkan di dalam video itu juga turut mencuit hati netizen. Dialog yang diberinya itu seolah-olah sama dengan suara hati kucing itu yang pasrah apabila pemiliknya menghantarnya di situ untuk dimandikan.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut berdekah melihat reaksi pasrah dari kucing ini. Ada juga yang berseloroh mungkin juga kucing itu berasa sudah terlambat untuknya melarikan diri jadi lebih baik dia pasrah sahaja dimandikan.

“Kan dia dah merajuk…”

reaksi kucing

“Kucing tu nampak tertekan di situ.”

kucing

“Dimalukan apanya awak memang dah tak pakai baju…”

komen

“Halah pasrah je tu.”

tik tok