Reaksi kucing bau ketiak tuan tengah tidur bikin pecah perut, “Sampai boleh berdiri 2 kaki tu”

Reaksi kucing bau ketiak tuan tengah tidur bikin pecah perut, “Sampai boleh berdiri 2 kaki tu”

Gelagat dua ekor kucing yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular ini telah mengundang dekah ramai apabila bau ketiak tuan mereka terlalu busuk membuat mereka tidak dapat terima.

Pasti ramai pemilik kucing yang pernah melalui situasi di mana kucing mereka suka berkepit di bawah ketiak mereka. Bagi kita sikap itu sangat pelik dan lucu, tetapi ada sebabnya mengapa kucing bersikap seperti itu.

Oleh kerana kucing mempunyai deria bau yang sangat kuat, mereka gemar menghidu bau ketiak manusia yang berpeluh kerana ia penuh dengan lemak dan protein.

Tetapi bukan semua jenis bau ketiak adalah enak bagi mereka, seperti dapat disaksikan dalam sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini.

 

Dalam video yang tular itu, seorang individu dilihat sedang berbaring di atas katil apabila salah seekor kucingnya datang dan menghidu ketiaknya, sebelum membuat reaksi ingin termuntah.

Selepas itu kucingnya lagi seekor pula datang untuk memeriksa bau ketiak tuannya itu, namun selepas menghidu kucing tersebut terus berdiri dan berundur kerana terlalu terkejut, membuat penonton pecah perut.

“terukkk nau bau ketiak tuan kau…”

“sampai buat moonwalk…’

“rohnya seakan ditarik dari belakang…”