Reaksi budak kecil bila nampak robot buat ramai terhibur, “Nak lari ke stop..”

Reaksi budak kecil bila nampak robot buat ramai terhibur, “Nak lari ke stop..”

Telatah budak kecil memang ada kalanya mencuit hati orang dewasa yang melihat mereka. Sama seperti reaksi budak kecil ini yang terus menjadi kejung gara-gara takut dengan robot yang dijumpainya di sebuah pusat membeli belah ini.

Reaksi comelnya ini turut mencuit hati netizen apabila dia berpura-pura tidak melihat robot yang menghampirinya itu. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

@adamdeanngFull video #robot #berlakon

♬ original sound – adamdeanng – adamdeanng

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan budak kecil itu yang melihat robot yang dipakai oleh seorang individu di pusat membeli belah itu. Dalam masa yang sama, robot dari filem Transformer itu turut menghampirinya sambil menyapa pengunjung yang lain.

Melihatkan robot itu yang semakin menghampirinya, budak kecil itu kemudian berpaling ke belakang dan kekal berdiri di situ. Lebih melucukan, dia kemudian terus menjadi kejung dan berdiri di situ sambil memandang ke lantai dan langsung tidak menoleh ke arah robot tersebut.

kejung

Walaupun robot itu kemudian menegurnya, dia langsung tidak menoleh dan kekal kejung seperti patung disitu. Reaksinya ini turut mencuit hati mereka yang melihatnya lagi-lagi apabila dia memilih untuk tidak memandang robot itu yang sempat mengusiknya dari belakang.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi kejung dari budak kecil ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga dia cuba menyembunyikan rasa takutnya dengan berpura-pura tidak melihat robot itu.

“Ni bukan squid game nak. Kenapa kejung gitu.”

robot

“Baik aku mengeras mesti dia tak nampak.”

budak kecil

“Member tengah fikir aku nak stop ke nak gerak. Kalau gerak nanti dia kejar.”

komen

“Dia pulak jadi patung.”

tik tok