Reaksi bayi pertama kali dicucuk, “Tula tadi suka sangat pastu muka terkejut”

Reaksi bayi pertama kali dicucuk, “Tula tadi suka sangat pastu muka terkejut”

Gelagat anak-anak kecil kadang-kadang mampu membuatkan kita terhibur. Anak-anak yang masih di awal usia ini sangat jujur dan masih belum pandai memendam rasa.

Terbaharu satu rakaman yang memaparkan reaksi bayi pertama kali dicucuk telah mencuri perhatian ramai. Biasalah bila mana anak kecil dibawa ke klinik atau hospital untuk menerima suntikan. Menerusi perkongsian rakaman tersebut kelihatan bayi ini tersenyum-senyum manis pada wanita jururawat atau doktor tersebut.

Senyuman bayi ini membuatkan dia nampak sangat comel. Namun setelah disuntik anak kecil ini mula monyok dan reaksi tersenyum tadi terus hilang. Berikut adalah perkongsian rakaman reaksi bayi pertama kali dicucuk ini:

@avocaodocontigo

The first time go to hospital 😂#baby #fyp #foryou #cute

♬ original sound – Avocadocontigo

Alahai kesian dia kena suntik ya! Dari tersenyum terus berubah reaksi muka anak kecil ini.  Perkongsian video telatah bayi yang dimuat naik oleh satu akaun TikTok dengan nama avocaodocontigo ini telah meraih lebih 6.2 juta tontonan dan 500 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur dan kesian menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Kesian baby tu. Mesti dia rasa terkhianati”

Bayi Pertama Kali Dicucuk 2

“Betul la orang tua2 cakap. Jangan suka sangat nanti menangis”

Bayi Pertama Kali Dicucuk 4

“Hahaha tadi suka sangat lepastu muka terkejut”

Bayi Pertama Kali Dicucuk 3

“Gaya ekspresi muka dia berubah…”

Bayi Pertama Kali Dicucuk 1