Reaksi ayah lepas cuba masakan anak buat ramai terhibur

Reaksi ayah lepas cuba masakan anak buat ramai terhibur

Biasanya bagi mereka yang baru belajar memasak, pastinya akan meminta bantuan ahli keluarga untuk merasainya. Sama macam yang dikongsikan gadis ini tentang reaksi si bapa yang mencuba masakannya baru-baru ini.

Namun reaksi dari bapa ini berjaya menghiburkan ramai apabila dia memberikan reaksi teruja sehinggakan berguling di lantai. Video itu juga menarik perhatian ramai dengan hampir sejuta tontonan setakat ini.

@dellanandian9

Bayangin bapak gue jadi juri di Master chef 🙂 #fyp

♬ Musical.ly – Musical.ly

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan reaksi si bapa ketika merasai masakan yang dimasaknya itu. Malah dia sempat berseloroh untuk membayangkan bapanya menjadi juri dalam rancangan Master Chef.

Sebaik saja bapanya mencuba makanan itu, dia kemudian meletakkan pinggannya dan berguling beberapa kali di lantai. Bukan itu saja, lelaki itu turut menunjukkan reaksi teruja dan tidak percaya dengan rasa makanan yang dimasak anaknya itu.

bapa

Reaksi spontan dari si bapa turut membuatkan gadis itu berdekah melihatnya. Walaupun mungkin reaksinya terlalu over tetapi dia berjaya menghiburkan anaknya yang penat memasak.

Di ruangan komen, reaksi lucu dari bapa ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Ada juga yang memberitahu kebiasaannya bapa adalah orang yang paling teruja mencuba masakan anaknya berbanding ahli keluarga lain.

“Ketawa ayah dia…”

reaksi bapa

“Definisi sedap sampai berguling-guling.”

masakan

“Cuma ayah yang hargai masakan. Kalau masin pun dia makan sampai habis.”

komen

“Walaupun masakan tak sedap mesti ayah cakap sedap…”

tik tok