Reaksi anjing pasrah dengar bebelan tuannya bikin ramai terhibur
Bagi mereka yang memiliki haiwan peliharaan di rumah, tentunya hubungan anda dan haiwan tersebut sudah diibaratkan seperti ahli keluarga sendiri. Sama macam gelagat seekor anjing ini yang begitu manja dengan pemiliknya sehingga mengalahkan bayi yang sedang dipangku.
Gelagatnya yang kelihatan pasrah ketika mendengar bebelan pemiliknya ini turut mencuit hati netizen. Malah video dikongsikan tersebut juga tular apabila ianya meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini di mana netizen turut sama ‘geram’ melihat reaksi comelnya ini.
@fiorentinaagultom Pasrah di omelin mama batak #mamabatak
Di dalam video yang dikongsikan ini, anjing itu dilihat sedang dipangku oleh seorang wanita yang sedang duduk di kerusi. Dalam masa sama, wanita itu turut membebel pada anjingnya itu gara-gara perangainya yang gemar menangis ketika ditinggalkan.
Menurut pemiliknya, anjing itu pasti akan menangis setiap kali ditinggalkan di rumah membuatkan pemiliknya tidak senang duduk. Pemiliknya itu kemudian sempat menasihati anjing tersebut untuk menunjukkan kelakuan yang baik.
Lebih melucukan, reaksi anjing itu yang seakan-akan pasrah mendengar bebelan itu mencuit hati netizen. Malah haiwan tersebut juga seperti faham apa yang diperkatakan pemiliknya itu dan hanya duduk diam semasa dibebel.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi comel dari anjing itu ketika dibebel oleh pemiliknya. Ada juga yang turut sama ‘geram’ melihat gelagat haiwan ini seolah-olah tahu dirinya sedang dimarahi.
“Mama tengah didik anak kesayangan.”
“Emak cakap kalau orang tak kenal datang terkam.”
“Dah besar masih dalam pangku.”
“Kadang suka pura-pura tak dengar.”