Raul didakwa ada perempuan simpanan, rumah tangga Krisdayanti bergolak?

Raul didakwa ada perempuan simpanan, rumah tangga Krisdayanti bergolak?

 

Di negara seberang ketika ini sedang hangat diperkatakan tentang keretakan rumah tangga pasangan selebriti Rizky Billar dan juga Lesti Kejora. Namun, media turut melaporkan perkahwinan penyanyi terkenal Krisdayanti bersama suaminya iaitu Raul Lemos turut sedang dilanda badai.

Suami isteri  jarak jauh

Krisdayanti atau lebih mesra dipanggil KD menjalani kehidupan rumah tangga secara jarak jauh bersama suami selepas beliau menetap di Jakarta bersama anak-anaknya dan Raul pula di Timor Leste malah situasi perkahwinan mereka itu memang telah diketahui oleh umum.

Walau bagaimanapun, khabar angin mengatakan bahawa rumah tangga diva terkenal Indonesia itu ibarat retak menanti belah selepas difahamkan kehadiran orang ketiga menjadi punca pergolakan perkahwinan mereka berdua.

Raul ada wanita simpanan?

Menurut sebuah stesen televisyen di Indonesia, memaklumkan bahawa Raul kini dikatakan mempunyai seorang wanita simpanan di Timor Leste malah difahamkan Krisdayanti bakal dimadukan oleh suaminya.

Namun, desas-desus tentang kecurangan Raul kepada Krisdayanti itu mendapat reaksi yang negatif dari netizen selepas mereka mendakwa penyanyi tersebut sedang menerima balasan yang ‘setimpal’ akibat dari perbuatannya sebelum ini.

Ini kerana, ramai yang mengungkit semula kisah silam Krisdayanti dan Raul yang mana mereka berdua menjalin hubungan cinta sewaktu masih bergelar suami dan isteri kepada pasangan sendiri sebelum penyanyi itu buat keputusan untuk berpisah dengan Anang Hermansyah.

Sumber: Kosmo