”Rasa memang sukar dipercayai,” Pasangan Kanada ini tak henti ‘mengunyah’ bila makan kuih tradisional Malaysia

”Rasa memang sukar dipercayai,” Pasangan Kanada ini tak henti ‘mengunyah’ bila makan kuih tradisional Malaysia

Sebagai sebuah negara dengan masyarakat majmuk, Malaysia terkenal dengan pelbagai makanan yang unik. Kepelbagaian ini menjadikan Malaysia sebagai salah satu syurga makanan bagi para pelancong.

Buat pasangan dari Kanada ini, kuih tradisional Melayu menjadi pilihan untuk dicuba.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh akaun YouTube JetLag Warriors, pasangan Steve dan Ivana ini mencuba pelbagai jenis kuih tradisional Melayu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Antara kuih tempatan yang dicuba ialah kuih wajik, kuih sagu, seri muka, pulut panggang, ketayap, kuih lapis, dan karipap.

Mereka terpegun dengan kepelbagaian bentuk, warna dan rasa pada kuih-muih di Malaysia.

Menurut Steve, kuih yang paling disukainya ialah karipap, namun dia kurang menyukai kuih lapis. Bagi Ivana pula, dia lebih menggemari pulut panggang dan kurang gemar akan kuih wajik.

Sehingga hari ini, video tersebut mendapat lebih 42 ribu tontonan walaupun telah hampir setahun dimuatnaik.