Rasa dicekik & nampak kelibat gadis kecil, pasangan kekasih nekad pulangkan patung Hello Kitty ke tempat asal kerana berhantu

Rasa dicekik & nampak kelibat gadis kecil, pasangan kekasih nekad pulangkan patung Hello Kitty ke tempat asal kerana berhantu

Sepasang kekasih di Thailand dipercayai mencuri patung Hello Kitty daripada bangkai sebuah kereta di tapak pelupusan sampah. Namun begitu, mereka bertindak memulangkan semula kerana percaya bahawa patung terbabit berhantu.

Patung dalam keadaan sempurna

 

Menerusi laporan Thaiger, kereta terbabit remuk selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada Mei lalu dan pemandu kereta berkenaan maut. Susulan daripada itu, keretanya dibawa ke tapak pelupusan sampah di wilayah Kamphaeng Phet, Thailand.

Namun apa yang lebih aneh adalah anak patung gergasi pemilik kereta itu ditinggalkan di tempat duduk belakang dengan keadaan yang sempurna.

Dalam pada itu, rakan mangsa memberitahu bahawa mereka ingin membeli anak patung terbabit untuk mendiang sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya.

Ternampak kelibat gadis kecil

Beberapa hari lalu, kamera litar tertutup (CCTV) merakam seorang lelaki dan wanita berhenti di tapak pelupusan terbabit dan mencuri patung berkenaan.

Namun pada pukul 2.00 pagi keesokan harinya, pasang itu kembali ke tapak tersebut dengan riak wajah keliru sambil keluar dari kereta sebelum mencampakkan patung itu ke tanah.

Apabila pemilik tapak melihat rakaman CCTV, dia berasa pelik kerana pasangan terbabit sanggup memulangkan anak patung berkenaan. Setelah identiti pencuri sudah dikenal pasti, pemilik premis bertanya mengenai motif mereka menghantar patung itu semula.

Ujar wanita itu, pada malam mereka mencuri patung terbabit, dia ternampak kelibat seorang gadis kecil di dalam bilik tidurnya dan merasakan seperti ada sesuatu yang mencekiknya. Takut perkara itu terjadi lagi, pasangan tersebut membuat keputusan untuk memulangkan semula patung ke tempat yang diambilnya.

Sumber : Thaiger