‘Ramainya bersangka tidak baik’ Niat Neelofa nak bantu peniaga burger kena kompaun disalah anggap

‘Ramainya bersangka tidak baik’ Niat Neelofa nak bantu peniaga burger kena kompaun disalah anggap

Gara-gara memuat naik satu foto burger di Instagram, nama Neelofa kembali menjadi trending di Twitter. Rata-rata netizen mendakwa Neelofa seakan mahu menyindir ‘penjual burger’ yang telah dikenakan kompaun RM50 ribu di Kelantan baru-baru ini.

Terkejut dengan kontroversi yang sedang berlaku, Neelofa tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Ramai salah anggap

Ya Allah ramainya salah anggap dan bersangka tidak baik. Sebelum saya memuat naik foto tersebut, peguam saya telah menghubungi abang burger tersebut dan kami telah menghubungi pihak polis untuk bertanya mengenai maklumat mengenai kompaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah.

Menurut Neelofa, ramai manusia di luar sana telah bersangka tidak baik terhadapnya. Bagi menerangkan apa sebenarnya yang berlaku, Neelofa memberitahu bahawa peguamnya telah menghubungi penjual burger tersebut bagi menawarkan bantuan.

Tambahnya, dia juga bertanya kepada pihak polis mengenai kompaun yang dikenakan terhadap penjual burger tersebut. Jelas Neelofa lagi, dia ingin membantu dan menyelesaikan bayaran tersebut.

Kelebihan menolong orang lain

Sementara itu, Neelofa turut memuat naik sepotong hadis yang menceritakan kelebihan menolong orang lain yang berada dalam kesusahan.

Terdahulu, Neelofa turut dikenakan kompaun RM20 ribu kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber: Neelofa