Ramai terkejut ingatkan Alif Syukri tersentuh payudara wanita ketika bergambar

Ramai terkejut ingatkan Alif Syukri tersentuh payudara wanita ketika bergambar

Video dimuat naik oleh usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri ketika dia berada di satu festival di Sabah mendapat perhatian ramai pengikutnya di Instagram.

Menerusi video itu, Aliff dilihat sibuk melayan peminat dan pengunjung festival tersebut yang mahu bergambar dengannya.

Namun, netizen menyangka Aliff tanpa sengaja terpegang payudara seorang wanita yang bergambar dan berada di depannya ketika itu.

 

Bagaimanapun, sebenarnya ia tidak berlaku dan tangan Aliff yang menunjukkan tanda bagus itu nampak seperti tersentuh ketika wanita tersebut berpusing.

Sesetengah individu memberi komen dengan meminta netizen untuk perhatikan dengan betul dan jangan nak terus kecam sahaja.

Beberapa netizen berkata wanita tersebut nampak seperti Sajat serta ada yang meluahkan rasa ‘meluat’ dan berkata wanita berkenaan berperwatakan gedik.

SUMBER : Instagram