Ramai Tak Perasan! Ada kesan buruk jika kita makan terlalu cepat

Ramai Tak Perasan! Ada kesan buruk jika kita makan terlalu cepat

Pernah tak kita makan terlalu cepat sebab rasa lapar dan tak sabar tengok menu yang sedap-sedap?

Mungkin ada antara kita yang tak perasan mereka makan terlalu cepat ketika berbuka. Ada yang nak cepat untuk kejar masa, dengan hausnya, dengan lapar lagi, dengan nak merasa itu ini… Maklumlah, seharian berpuasa kan.

Makanan fungsinya bukan saja mengisi perut yang kosong, malah ia boleh mendatangkan khasiat atau mudarat jika tidak diperlakukan dengan betul.

Tahukah anda, sebenarnya cara kita makan tu akan banyak memberi kesan kepada kehidupan kita.

Selain daripada tersedak dan tercekik makanan, ada banyak kesan jangka panjang akibat makan terlalu cepat terhadap kesihatan badan kita.

Cara ganti puasa di bulan Ramadhan

5 KESAN BURUK AKIBAT MAKAN TERLALU CEPAT. BAHAYA UNTUK JANGKA MASA PANJANG!

1.  GANGGUAN PENCERNAAN

Bila kita makan terlalu cepat, kita takkan dapat betul-betul mengunyah makanan dalam mulut sebelum menelan.

Ia boleh menyebabkan sistem pencernaan kita mengambil masa yang lebih lama unutk menghancurkan makanan di dalam usus untuk dicerna – dalam erti kata yang lain, sistem pencernaan kita kena kerja overtime.

Selalunya, bila makanan tidak dapat dicerna dengan baik, makanan akan tersisa tanpa penyerapan zat dan seterusnya meninggalkan racun dalam badan kita.

Oleh sebab itulah, kita cenderung untuk merasa sakit perut yang kerap.

makan terlalu cepat

2. PEDIH ULU HATI / GASTRIK

Penyakit pedih ulu hati atau gastritis boleh terjadi bila kita makan terlalu cepat kerana makanan masuk ke dalam perut dengan kadar yang laju, menyebabkan makanan sedia ada tidak sempat turun ke dalam usus.

Ini boleh mengakibatkan makanan baru masuk ‘ditolak’ naik ke atas dan memberi rasa pedih dan sakit di bahagian dada.

Bukan itu saja ya, kita juga boleh terasa mual, loya dan sakit dada.

Lebih teruk lagi kalau ia berterusan, ia boleh mengakibatkan luka pada kerongkong kita.

Jadi, janganlah makan laju sangat walaupun lapar seharian berpuasa ya!

Baca juga:

makan terlalu cepat

3. OBESITI

Jika difikir sekali imbas, orang memilih untuk makan dengan cepat kerana nak jimatkan masa. Tapi, apa kaitannya dengan obesiti pula?

Haaa…. Begini penjelasannya.

Kajian mengatakan orang yang makan dengan laju lebih cenderung untuk tidak berasa kenyang lalu menyebabkan kita makan lebih banyak.

Ini terjadi kerana sistem pencernaan kita secara semulajadi akan memberi isyarat kepada otak supaya berhenti makan – tapi kalau kita makan terlalu cepat, maka isyarat pun tak sempat nak pergi ke otak.

Jadi, kita ingat kita belum kenyang, padahal kita dah makan melebihi keperluan badan.

Sebagai kesan jangka panjangnya, kita akan terdedah dengan penyakit obesiti atau berat badan berlebihan.

Foto Kredit: funzine.hu

4. PUNCA PELBAGAI PENYAKIT

Sindrom metabolik merupakan istilah medik untuk sekawan penyakit yang orang tua-tua kita rujuk sebagai ‘penyakit tiga serangkai’ iaitu tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung koronari.

Ia juga boleh merujuk kepada 2 lagi penyakit tambahan iaitu obesiti dan trigliserida.

Penyakit sindrom metabolik ini dikaitkan dengan gangguan gula dalam darah dan gaya hidup tidak sihat – salah satunya ialah cara kita makan.

Untuk dikategeorikan sebagai pesakit sindrom metabolik, biasanya seseorang itu akan menghidapi sekurang-kurangnya tiga daripada lima masalah kesihatan di atas.

Difahamkan segerombolan penyakit ini boleh membawa kita kepada penyakit seterusnya iaitu masalah jantung dan angin ahmar/stroke.

cara turunkan darah tinggi

5. MASALAH JANTUNG

Satu kajian jangka panjang telah dilakukan ke atas 1,000 orang dewasa yang sihat berkaitan cara makan dan kesannya terhadap kesihatan mereka.

Kajian itu dilakukan oleh seorang pakar jantung bernama Dr. Takayuki Yamaji dari University Hiroshima.

Oleh kerana ia berhubung rapat dengan sindrom metabolik (rujuk poin ke-4), pemakan yang cepat lebih cenderung untuk mengidapi masalah jantung dan stroke dalam jangka masa panjang.

Foto Kredit: csn.org

RELAKS, CUBA MAKAN PERLAHAN-LAHAN…

Cuba bertenang dan duduk sambil menikmati setiap suapan.

Ini bukan saranan untuk kesihatan saja, malah diriwayatkan oleh Anas R.A, Rasulullah SAW pernah melarang sahabat minum berdiri.

Seorang sahabat bernama Qatadah bertanya pada Anas R.A: Bagaimana dengan makan? Anas berkata: itu lebih teruk atau jijik. [Sahih Muslim: 3779].

Jadi walaupun kadang-kadang kita terkejar masa kerana sibuk, ‘makan makanan yang banyak, dengan cepat’ boleh diganti dengan ‘makan makanan yang sedikit dengan perlahan’.

Ia memberi ruang untuk pencernaan yang baik untuk badan. Bila makanan sedikit, kita akan kunyah lebih banyak sekaligus kita tak memberi kerja lebihan pada badan.

Fokus pada makanan dan kurangkan gangguan sekeliling okay.

Semoga bermanfaat!