Ramai tak boleh ‘brain’ tengok produk penyembur untuk tidurkan anak
Zaman sekarang, macam-macam produk yang kita jumpa yang kononnya boleh dijadikan penawar terhadap masalah yang dihadapi oleh seseorang itu. Ada yang mujarab dan ada juga tak logik akal.
Baru-baru ini, tular satu video di mana ada individu tunjuk testimoni satu alat penyembur yang dikatakan boleh melenakan anak kecil.
Video yang asalnya dimuat naik di TikTok, dilihat ada individu semburkan kepada anak kecil yang sedang khusyuk melihat tablet dan terlena dalam masa 3 minit.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang begitu tertarik apabila melihat testimoni itu yang telah meraih lebih 2 juta tontonan dalam masa 22 jam.
Namun, apabila video itu dikongsikan semula di Twitter dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen kerana memikirkan kesahihan produk itu.
harap2 yang tengok video ni boleh guna akal fikiran yang diberikan Allah swt & tidak tertipu dengan iklan sebegini pic.twitter.com/9bGLqLvc4h
— piah kaya (@piargh) June 5, 2022
Dalam pada itu, seandainya ia berkesan, ramai yang bimbang jika ada pihak tidak bertanggungjawab gunakan kesempatan ini untuk kanak-kanak lain.
Clorofom? – Netizen
Kalau lah berkesan, min nak pakai buat diri sendiri, dah lah susah nak tidur malam. Huh