Ramai sebak tengok kanak-kanak terjatuh ketika dikendong lintas sungai, “tak sampai hati tengok”

Ramai sebak tengok kanak-kanak terjatuh ketika dikendong lintas sungai, “tak sampai hati tengok”

 

 

 

 

 

Para pelajar masa ini biasanya akan dihantar oleh ibu bapa mereka menggunakan kereta mahupun motorsika malah, ada juga yang menggunakan pengangkutan awam sebagai kenderaan untuk ke sekolah.

Bagaimanapun, tular akan sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak yang lengkap berpakaian seragam sekolah bersama seorang lelaki menyeberangi sungai menggunakan titi.

“Betul ke kejadian di Sabah?”

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Yaniemnsor turut mempersoalkan perkara itu yang dikatakan berlaku di negeri di negara ini.

Dalam video tersebut dapat dilihat berlakunya sedikit kemalangan membuatkan kanak-kanak yang dikendong itu terjatuh ke sungai bersama lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kejadian tersebut berlaku di Malaysia atau sebaliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersimpati serta berang melihat keadaan seperti itu yang masih wujud pada zaman moden ini.

Dalam pada itu, mereka juga turut mempersoalkan adakah kejadian itu sememangnya berlaku di Malaysia.

Kesian budak tu

Moga adik tu selamat

Betul ke dekat Sabah?

Lihat video dibawah ini :