Ramai puji fasih berbahasa Korea, Daiyan Trisha kini lebar sayap berlakon di sana?

Ramai puji fasih berbahasa Korea, Daiyan Trisha kini lebar sayap berlakon di sana?

Nama pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha sentiasa menjadi bualan ramai apabila sering berkongsi berjumpa dengan selebriti terkenal antarabangsa dari serata dunia.

Malah, ramai meluahkan rasa cemburu melihat peluang keemasan yang diterimanya sehingga ada yang mahu menjadi seperti penyanyi berusia 29 tahun itu.

Daiyan Trisha lebar sayap lakonan di Korea Selatan?

Terbaharu, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin kembali menjadi bualan ramai apabila dia berkongsi perkembangan semasa kerjayanya.

Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi video di aplikasi TikTok serta beberapa gambar di laman Instagram miliknya, dia dipercaya berada di Korea Selatan bersama rakan artis tempatan, Sean LJE.

Berdasarkan video pendek dimuat naik, dilihat Daiyan merakam perjalanannya berjumpa dengan pihak produksi dari Korea Selatan iaitu Asia Lab bagi penggambaran bersama beberapa selebriti lain selain Sean.

 

Malah, Daiyan juga meluahkan kegembiraan serta teruja apabila dia diberi peluang dan kepercayaan untuk bekerjasama dengan pihak produksi berkenaan buat kali pertama.

“Kejutan!! Sangat gembira dapat berada di Seoul untuk bekerjasama dalam projek terbaharu dari Asia Lab iaitu #Asia. Pertama kali bekerja dengan pihak produksi Korea dan semuanya berjalan dengan lancar,”tulisnya.

 

 

Tahniah, Daiyan go international!

Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah daripada orang ramai termasuk rakan-rakan artis kerana bangga Daiyan dapat melebarkan bakatnya ke peringkat antarabangsa.

Fasihnya cakap bahasa Korea, tak sabar nak tengok!

Selain itu, ada juga yang memberi pujian kepada Daiyan kerana tidak kekok berbahasa Korea sewaktu berada di sana. Bukan itu sahaja, mereka juga mengatakan tidak sabat untuk melihat projek terbaharu Daiyan bersama pihak produksi dari Korea Selatan.

Antara barisan selebriti yang turut-serta dalam projek terbaharu tersebut adalah aktor terkenal Thailand, Boy Pakorn dan aktres India, Anushka Sen.

 

 

Sumber: Instagram @boy_pakorn@daiyantrisha, TikTok @daiyantrisha22