Ramai pelik lihat plastik di kepala, tak sangka uncle belanja semua ‘frontliners’ PPV

Ramai pelik lihat plastik di kepala, tak sangka uncle belanja semua ‘frontliners’ PPV

Bayangkan kalau korang terserempak dengan seseorang yang berperangai atau berpakaian agak pelik dan luar biasa, tak dinafikan mesti ramai yang akan cuba menghindari atau ‘mengata’ orang tersebut, betul tak?

Namun begitu, adalah tidak mustahil jika orang yang disangka menjengkelkan itu sebenarnya memiliki keperibadian yang lebih baik daripada kita.

Begitulah seperti kejadian yang berlaku di PPV Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang baru-baru ini.

Menerusi perkongsian page Facebook rasmi USM, seorang pakcik telah hadir ke pusat pemberian vaksin untuk mengambil suntikan dengan ‘fesyen’ yang agak pelik.

Ramai pandang pelik

Dalam gambar-gambar yang dimuat naik, dilihat pakcik berbaju merah jambu itu menyarung plastik di kepalanya. Perkara itu meraih perhatian pengunjung lain di PPV berkenaan secara serta-merta.

 

Biarpun ramai yang memandang serong dan ketawa, namun pakcik itu tidak menghiraukan pandangan orang lain terhadap dirinya.

Tak kisah orang berkata2

Hulur duit untuk belanja ‘fronliners’ makan

Namun siapa sangka, sebaik sahaja urusannya selesai pakcik itu kemudian menghulurkan sejumlah wang dan meminta pihak sekretariat PPV itu membeli makanan buat ‘frontliners’ yang sedang bertugas.

“Frontliners dah kuat bekerja. Tolong beli mereka makanan,” katanya sambil menghulurkan wang.

Selepas itu dia pun berlalu pergi menaiki teksi yang sama seperti saat ketibaannya di PPV berkenaan. Ramai yang terkejut dan tergamam melihat kemurahan hati dan sikap berperikemanusiaan yang dimiliki oleh pakcik itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin pakcik berhati emas berkenaan. Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatannya.

Salute uncle!

Uncle berhati emas

Bahaya pula tengok dia pakai plastik tu

Hero Malaysia sebenar!

Jangan judge orang berdasarkan rupa

Terima kasih uncle

Sumber: Facebook USM